BAHAN-BAHAN
1) 6 Biji Telur
2) 2 Cawan Gula
3) 2 Cawan Air
4) 2 Cawan Tepung Gandum (ayakkan)
5) 2 Sudu Marjerin
6) 1 Penutup Soda Bikarbonat (ayakkan)
7) 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
Setengah Tin Susu Pekat CARA-CARA
1) Cairkan gula hingga berwarna perang.Masukkan 2 sudu marjerin kedalam gula dan masukkan juga 2 cawan air kedalam campuran tadi,ketepikan.
2) Putar telur hingga gebu selepas itu bolehlah masukkan tepung dan soda bikarbonat .
3) Masukkan juga susu pekat tadi dan juga esen vanilla.
4) Akhir sekali masukkan gula hangus dan kacau hingga sebati .
Tapiskan kedalam loyang yang telah dilapiskan dengan kertas kek dan bakar atau kukus selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam
No comments:
Post a Comment